The Best Followers

11 June 2010

-Demam


demam bola..demam x tdo la lepas ni..hari start dah Piala Dunia FIFA..berjaga la sape2 yang fanatik bola tu..hehehheh..siap le tido isteri2 terganggu ngan jeritan excited laki masing2..kalau laki nya minat bola la..kalau x,selamat..aman damai..

Tuya lak,mcm selalu la..dah lali ngan sume tu..kdg2 tdo sorg,sbb Eri dok melekat depan tv ngadap bola..kalau ade game best,Tuya joint sekali,kalau x de yang menarik hati,Tuya zzzzz dulu la..stok makanan lak mesti lebihnya bulan nih..bile dah berjaga mesti nak ngunyah,minum bagai..

Piala Dunia tahun ni Tuya sokong England ngan Brazil..Eri sokong Sepanyol..kita tgk la sape yang juara..Eri asyik ejek2 Tuya jer..dia kata Tuya layak sokong Korea Utara sbb Tuya kan ramai sedara mara kat situ..hehhehhehe..jgn perasan,dia sindir Tuya sbb Tuya sepet!!!

malam ni sepak mula antara Afrika Selatan lawan Mexico..kita tgk mcm ne aksi pembukaan..ptg ni Tuya sefamily akan balik kg Mersing,Insyaallah..dah budget masa,kalau bertolak pkul 4ptg,sampai Mersing pkul 9malam..sempat la rehat2 sebelum tgk bola kul 11..doakan Tuya selamat sampai kg yer..

10 June 2010

Neraka La Tempat Kau


KOTA KINABALU: Bunyi tangisan bayi yang nyaring pada malam hari membongkar perbuatan seorang ibu bersifat syaitan dipercayai mencekik bayi dilahirkannya sehingga mati, sebelum mayatnya dibungkus dan ditanam di sebuah ladang di Jalan Jerecoh, Kinabatangan, di sini, semalam.

Salah seorang pekerja ladang yang enggan dikenali, berkata, pada mulanya dia mendengar suara tangisan bayi kira-kira jam 9 malam, kelmarin ketika mahu mematikan enjin bekalan air terletak bersebelahan rumahnya.

Bagaimanapun, katanya dia takut melihat apa yang berlaku kerana menyangka ia suara hantu berikutan lokasi kediamannya jauh daripada penempatan penduduk.

Katanya, pada keesokkan harinya (semalam), dia tergerak hati menyiasat apa yang berlaku sebelum mengajak salah seorang rakan menemaninya.

Beliau berkata, sebaik tiba kawasan belukar tidak jauh di belakang rumahnya, dia terkejut mendapati ada longgokan tanah yang masih baru digali seperti sebuah busut kecil.

“Kira-kira satu jam memeriksa kawasan ini, rakan saya terlihat kesan tanah baru digali tetapi ditimbus pelepah kelapa sawit sebelum mengalihkan timbunan daun itu.
“Saya menggali semula busut kecil ini sebelum menemui satu bungkusan kecil dibaluti guni plastik sebelum membukanya,” katanya.

Lelaki terbabit terkejut apabila mendapati guni palstik itu mengandungi mayat bayi masih bertali pusat dan dipenuhi darah sebelum menghubungi pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Deputi Superintenden (DSP) Jaini Abdul Kadir, ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Katanya, sebaik menerima panggilan itu, pihaknya menghantar beberapa anggota menyiasat dan mengesahkan menemui mayat bayi lelaki baru dilahirkan dan ditanam secara sembunyi.

“Dua lelaki terbabit mendakwa menemui mayat bayi ini selepas mendengar tangisan bayi pada malam sebelum itu sebelum mencari punca bunyi berkenaan pada pagi esoknya.

“Mereka menemui longgokan tanah baru digali lalu menggali sebelum menemui bungkusan guni mengandungi mayat bayi cukup sifat dipercayai baru beberapa jam baru dilahirkan sebelum dibunuh dan ditanam,” katanya.

Katanya, berdasarkan maklumat daripada lelaki berkenaan, dia pernah melihat seorang wanita sarat mengandung mundar-mandir di ladang terbabit beberapa kali sebelum ini.

"Bertindak atas maklumat itu, pihak polis mengesan rumah wanita terbabit dan mendapati perutnya kempis sebelum ditahan untuk siasatan.

“Polis percaya wanita berusia 33 tahun ini dipercayai melahirkan sendiri bayinya sebelum mencekik dan menanamnya untuk mengelakkan daripada diketahui masyarakat,” katanya.

Jaini berkata, wanita itu ditahan untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan awal terhadap mayat bayi itu mendapati terdapat kesan lebam pada lehernya dipercayai dicekik.

“Bayi malang ini dipercayai masih hidup ketika dilahirkan tetapi mati akibat dicekik sebelum ditanam.

“Tangisan akhir bayi didengari pekerja ladang itu adalah tangisan terakhirnya sebelum ditanam,” katanya.

Menurut Jaini, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang mayat bayi secara sulit.


Sumber : Yang Memang Buleh Dipercayai 100%..hehehhe


***seram sejuk Tuya baca paper td..menggelegak darah ni ha..marah dah x terkata ape dah...na'uzubillahiminzaliq..kenapa la manusia skang dah x de hati perasaan??keji tau!!


Game Time

malam tadi busan2 kat rumah,Tuya ajak Eri bawa anak g The Store Sungai Buloh tu..x de la jauh mana ngan rumah..nak jalan2 cuci mata..dah lemau dah otak asik dok rumah je x kuor2..Eri memula macam malas sebab hujan kan..dia kata leceh la,esok2 la..Tuya ngan anak pun wat muka paling kesian yg x de tahap,akhirnya...heheheh..ape yang penting..KERJASAMA!!!hahahhaaha..terkena jugak la ayah..

memula kitorg tengok2 baju..ade lak offer ANNAKKU..laju je la Tuya nuju ke situ..bab ngabiskan duit,bg je la kat saya yer..saya suka..hehehe



try je la nak..ayah bayar..keh keh..


tengok..anak Tuya dah menurun pangai mama nye yang pandai mandrem ayah supaya kuorkan duit..hehehheh

pastu time utk main game lak..amik la anak,ko main le nak main game hapa dalam tu..ayah dia tukar rm10 = 20 token..memula nak tukar rm5 je..pastu Tuya rasa dia pun mcm ketagih nak main game2 tu..

memula dia guide anak..teman anak main


pastu dia lak naik syiok main..nasib bek dalam tempat game tu kosong,x penuh la..siap jerit2 lagi 2 banak ni..Tuya,pengsan!!!


like father like son..sama je caranya 2 banak nih..

hasilnya..tinge Tuya ni dah x dengar dah anak Tuya asik kata.."mama,amat puas la..jom le jalan"..heheh..cerdik x mama???