The Best Followers

11 March 2011

-Jepun dilanda Tsunami




TOKYO: Jepun dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa.

Terdapat laporan kecederaan akibat daripada kejadian berkenaan di Tokyo.
Di beberapa tempat sepanjang peairan Jepun, rakaman televisyen menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan puluhan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air.

Sebuah kapal besar dihanyutkan tsunami yang merempuhnya ke arah tembok penahan di bandar Kesennuma, wilayah Miyagi, kata stesen ootage on public broadcaster NHK.

Pegawai sedang menilai jumlah kerosakan, kecederaan dan kematian akibat daripada gempa bumi tetapi tiada maklumat diperoleh setakat ini.

Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu. - Reuters


***ngeri pulak Tuya baca berita2 terkini kat internet..ombak setingi 4 meter meneggelamkan bandar sekelip mata je..kalau kat Malaysia tu dah tenggelam habis la kita ni..na'uzubillahiminzaliq..Tuhan lindungi la kami dr segala malapetaka..amin!!

08 March 2011

-Happy International Women Day



Selamat Hari Wanita Antarabangsa yang ke 100 utk sume wanita2 di dunia ni..syukurnya kita jadi wanita kan..mcm2 kelebihan yang ada pada kita..walau apa tanggungjawab yg diberikan pada kita,kita mampu memikul segalanya dengan amanah dan bersungguh2.

bangganya Tuya jadi wanita..

p/s : jemput tgk kek red velvet yang Tuya wat semalam petang..percubaan yang menjadi..sonok sangat!!!!semangat nak membaking skang menjadi2..aura tepung tu dah datang..hehehehh...

06 March 2011

-aktiviti weekend yg mengenyangkan..

weekend Tuya dok umah je..x de merayau kemana2 pun..ade la kuor jap g Shah Alam,tapi sekejap je..x sampai 2 jam pun kat Shah Alam.memula mcm nak makan kat luar je malam minggu,tapi bile memasing dah kehabisan idea nak makan ape,pulang lah kepangkal jalan..balik rumah le jawabnye..

nak sampai kat rumah tekak Tuya ni rasa nak makan chicken chop pulak..mmg ade satu kedai feberet Tuya kat Damansara Damai ni klu nak makan chicken chop.elok2 sampai,tgk kedainya tutup..x kesampaian jugak nak makan..tp sbb air liur ni dah ngences [org jawa cakap],terliur sangat..gagahkan jugak la diri sendiri wat chicken chop..tung tang tung tang kat dapur,akhirnya siap gak le.sedap jugak!!!!wajib puji diri sendiri utk motivated kan diri kan?heheheh..


satu utk Tuya,satu utk Eri..nyum2..terbaik!!!!


pastu ade kawan order kek ceklat utk bestday anak sedaranya kat Tuya..dah alang2 wat kek ceklat tu,Tuya pun wat la brownies cheese kukus..sodap jugak!!!leh wat lagi lain kali..


kek yg kawan Tuya tempah..sebenarnya nama birthday boy tu satu je..last minit tambah satu lg nama..senget benget jadinya..


brownies cheese kukus..moist sangat!!sedap..Eri minta watkan lagi nak bawa g opis..

skang ni makin dekat nak cuti ngajar ni makin suka lak Tuya masak memasak,baking2 bagai..ade jugak la kawan2 tempah cistat,apam,kek ceklat..sonok pulak dok umah wat2 kuih ni..heheeheh..