The Best Followers

31 March 2011

-Makan2 Birthday Amad

ni cite yang agak nak basi.weekend lepas punya cite masa Tuya balik kg Kelantan sbb ayah mertua sakit tu..dah alang2 sume adik badik kumpul,kitorg pun plan nak wat makan2..nak merai hari jadi anak Tuya ngan kazen2 nya sekali..

ade 2 org sepupu yang sama bulan [3] lahir ngan anak Tuya..sorang lelaki,lahir 5.3..sorg lagi pompuan,lahir sama tarikh ngan anak Tuya ,15.3,tapi lain tahun..x de la wat makan ape pun,cuma goreng mee,bakar ayam..tapi meriah sebab sume ade kan..riuh rendah..adik badik eri je dah 12,lom masuk ipar duai,anak sedara bagai..dah mcm kenduri..jom la layan pic..


jom ramai2 aminkan paklong baca doa.


see..Tuya yg menyibuk ngan abg long..org tu khusyuk baca doa,Tuya posing lak..abaikan baju Tuya yg lusuh tu,almaklum,baju pinjam tah sape punya zaman bile tah..nama pun balik kecemasan kan,x de la nak bawa baju banyak..main amik je la..sudahnya,baju eri yg berlambak2 dalam beg..
jom potong kek..anak Tuya kongsi kek ngan kazen pompuan dia tu..sbb sama tarikh..yg tudung ijo tu akk iparku..

turn kazen lelaki lak tiup lilin..beria sampai kembang2 idung..


potong..jangan x potong..


sessi membakar ayam..tapi x bakar atas bara api,bakar pakai karen je..senang..


x paham mcm ne pic kitorg sefamily ni boleh gelap..sape la yg berhasad dengki nih.hehehhe..


okeh..turn mak2 pulak amik pic ngan anak masing2..


mak2 nak potong kek jugak..tapi anak x bg..gasak lah sana nak..


nak kek ke adik2 ipar ku??beratur2...


the ayams..

nampak x keayuan dan keredhaan Tuya pakai kain batik n baju lusuh gitu..lagi redha tgk laki makan sambil main game..boleh???


alo lo..meh2 sini ahkak nak suap adik2 ulat beluncas nih..nganga leluas mulot tu!!!
[muka mcm terpaksa kan kena share makanan ngan bebudak ni]..


bile sume dah berkumpul mcm ni ramai2,terhibur la sket hati abah yg tengah sakit..semangat semula utk sihat bila tgk sume anak cucu depan mata..sampai hari ni keadaan abah mertua TUya masih x sembuh jugak..x leh bangun,x larat,x nak makan..susahnya hati kami anak2..harap2 Tuhan makbulkan doa kami utk tengok abah kembali sihat dan ceria semula..amin!!

30 March 2011

-Dah Ramai Sangat Manusia Psiko!!!!


Pagi2 baca paper dah ade cerita2 yang x best..yang mcm nak spoil mood..tah ape2 la orang zaman skang ni kan..jom baca berita hari ni..


MIRI: Berang dan cemburu kerana cintanya tidak berbalas, seorang lelaki menggunakan pisau pemotong sayur untuk menikam sehingga mati seorang wanita berusia 20-an yang menyewa bilik di rumahnya di Jalan Hokkian, di sini, semalam.

Difahamkan, suspek berusia 43 tahun, bertindak demikian kerana cemburu selepas mengesyaki mangsa ada hubungan dengan lelaki lain, sedangkan dia sudah lama menyimpan perasaan cinta terhadap wanita itu.

Ketika kejadian, mangsa yang menyewa di rumah 17 bilik itu sedang tidur, manakala suspek dikatakan sendirian selepas ahli keluarga lain berkunjung ke negara jiran.

Sumber berkata, mangsa dipercayai dari Baram dan bekerja di sebuah syarikat swasta di bandar raya ini, menyewa di rumah milik keluarga suspek, sejak tiga bulan lalu.

“Suspek dipercayai memasuki bilik sewa mangsa pada awal pagi ketika mangsa tidur dan menikamnya menyebabkan kecederaan di dada kanan apabila senjata itu menembusi paru-paru sebelum mangsa disahkan meninggal dunia, kira-kira jam 11.48 pagi.


“Suspek juga dikatakan cuba menikam seorang lelaki yang dipercayai penyewa di rumah berkenaan selepas lelaki itu melihat perbuatannya.

“Bagaimanapun, lelaki terbabit sempat mengelak dan merampas pisau digunakan suspek sebelum melarikan diri, manakala penyewa terbabit menghubungi rakan untuk meminta bantuan,” katanya.

Menurutnya, penyewa itu turut cedera ringan akibat bergelut dengan suspek kemudian membuat laporan di balai polis berhampiran.

Sumber berkata, polis yang menerima laporan itu menggerakkan sepasukan anggota ke tempat kejadian dan menahan suspek yang dikatakan cuba untuk mencederakan dirinya.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, pihaknya menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan masih menyiasat sama ada suspek mengalami masalah mental, berada di bawah pengaruh alkohol atau dadah.

**sangat2 psiko ok!!!x suka..




29 March 2011

-Mood Malas

Berhari2 Tuya x wat n3..malas..pemalas..tak tau ape kena jadi pemalas sangat nak bercerita,wat ayat bagai..banyak sebenarnya benda nak di kepochi kan..nanti bile ade mood n rajin baru Tuya update banyak2 ek..

tapi Tuya tetap akan bertandang ngepoh2 kat rumah u all..heheheh..