The Best Followers

12 May 2009

Boleh ke tak??

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Hukuman rotan di sekolah-sekolah akan dikuatkuasakan kembali bagi membendung masalah disiplin pelajar, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong.

Beliau memberitahu Dewan Negara di sini Isnin bahawa perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Disiplin Kementerian Pelajaran pada 17 Mac lalu.

"Kementerian akan kembali menguatkuasakan Peraturan-Peraturan Disiplin Sekolah 1959 khususnya hukuman rotan, dan kali ini kami akan keluarkan prosedur khusus untuk pelaksanaan hukuman itu," katanya ketika menjawab satu soalan Senator Fatimah Hamat.

"Ia termasuk (soal mengenai) siapa yang boleh diberikan kuasa merotan di samping ibu bapa akan dimaklumkan terlebih dulu, bila hukuman akan dijalankan," tambahnya.

Katanya mesyuarat itu turut memutuskan untuk melantik warden tetap di asrama dimana tugas utama mereka ialah menjaga disiplin pelajar.

Wee berkata pada ketika ini, warden asrama dilantik di kalangan guru sekolah dengan pemberian elaun khas RM250 sebulan untuk melaksanakan tugas itu.

Bagaimanapun menurutnya dengan kewujudan jawatan warden tetap, warden asrama itu akan bertanggungjawab sepenuhnya memantau serta mengawal disiplin pelajar terutama di asrama.

"Warden tetap itu akan dilantik di kalangan kakitangan kementerian yang menerima latihan khas bimbingan kaunseling serta memiliki kemahiran psikologi, dan mereka bertugas 24 jam di asrama sekolah.

"Kementerian berharap tindakan yang akan dilaksanakan ini akan dapat mengurangkan kes disiplin pelajar dan memberi kesedaran kepada ibu bapa tentang peri laku anak mereka di sekolah," katanya.


***tadi aku tengok MHI ade caller yang komen bab nih..dia kata ade pepatah yang mengatakan "rotan di simpan anak dibiarkan jadi anak syaitan"..erk!!nak cakap lebih pun x guna,sbb aku pun kkdg rajin je nak merotan bile aku tnya x nak jawab..tapi kdg2,membaran gak ngan budak2 nih..tapi aku x guna rotan la..pembaris je..hehheeh

12 comments:

Maswani said...

rotan je budak2 yg degil tu.. saya yg ngajar budak umur 18thn ke atas pn kdg2 sakit ati gak..
masuk kelas lwt, pahtu bt sengih2 beruk, tu blum yg duk ngorat kt luar kelas..
pahtu mula la kne dera jwb soklan pelik2 dgn aku..haha..padan muka..

apapun, hati kita mmg sentiasa ikhlas kan tuya..

Dee said...

masa dulu2..budak2 kena rotan gak..elok je jd org..skrg ni dh x kena rotan yg jd macam2 tu..setuju ngan pelaksanaan ini..tp biarlah berpada..jgn smpi cacat anak org..

S@Y@NGH@SNI said...

rotan bukan jalan penyelesaian..
itu yang aku dapat dan aku tengok ler..
pelajar juga manusia, perasaan mereka pun sama ngan kita..
jarang kita jumpa pelajar yang ambil hukuman rotan sebagai lesson yang positif..
yang ramai kena rotan jadi manusia pendendam, mungkin lebih teruk lagi..
suka tgk movie omputih yang ambil pendekatan lebih lembut untuk mendidik pelajar nakal.

A.I said...

kebetulan masa aku jadik guru sandaran kat sek men kt selayang dulu mmg leh pegang rotan! bebudak pangai cam (&*^%$%!!!! Aku libas je! pastu aku ugut soh ckp ngan mak bapak bior dtg skolah jumpa aku. hah! mana ada dowang dtg sbb bebudak tu x brani nk kasi tau parents. Kang terbukak lak rahsia dowang pangai cam &*%^%*( kt skolah kan??? huhuhu

TuYa said...

kak wani : geram kan kekadang apa yang kita ajar x sampai kat dia..tu bab belajar..
bab nakal..macam2 hal..

insyaallah kak..sentiasa ikhlas nak ngajar anak bangsa jadi org berguna..

kak Dee : mmg kak Dee..dulu kita masa kecik2 lagi la haru biru lebam segala kena rotan..x de nya nak ngadu2 ngan mak bapak,x pasal2 kena lagi nnti kan..hehehh..elok je Tuya jadik org nih..huhuhu

kak Yus : ade pro n kontra nye hal ni..sangat2 subjektif..masing2 ade pendapat yang leh disuarakan..setuju gak ngan akk..tgk je la cikgu2 kat barat tu..pendekatan psikologi je kan..ape2 pun sume atas diri sendiri..

kak ai : tu la kan..sek menengah lagi la mangkok student2 nya sbb dah beso2..melawan je kejanya kan..ade je dia nak berbalas pantun..

eiza in the house.. said...

tuya..
klu sekolah merempit lak, ptt tak pkai rotan nak ngajo bg pndai??..
tu umor pun byk yg veteran2 ..
tp liat nak pndai..cmner??

Ivy Metaga said...

dulu sy pernah kena rotan cikgu, sakit ooooo....rotan tapak tangan..

tapi cikgu yg paling kerap rotan sy ialah mak sendiri hehehehe...

Atan said...

kalau akak ipar yg rotan ..
atan tak kisah...rotan la

maza said...

Kekadang, biarkan rotan berkata2 lebih mujarab daripada songel mulut berbuih marah!

hmmm

TuYa said...

ivy : mmg kan...mak kita dulu mmg garang2..tapi Tuya x pernah kena rotan,selalu kena cobit..sakit tau..hehhe

atan : oooo..melawan eh..rotan bebetul kang baru tau serik...

maza : betul la bro..ni mulot ni dah naik lenguh tetiap ari dok bebel benda yg sama je..deorg ni x jemu agknye dengar Tuya bersajak,syair sume kuor..mcm2 hal..

TuYa said...

ieza : kalau kat sekolah merempit ko tu,kalau sengal sangat x dapat2 ape ko ajar..senang je ubat dia..ko buka pintu keta,pastu ko tendang kuor keta..dush!!dush!!..abis cite..sambung cite kat balai lak..ngeh ngeh

Lina Bte Zakaria said...

merotaan????ermmmm
bykan bersabar jek....
menjadi guru ini..ssh...so terimalah pelajar itu seadanya..untuk mmbentuk merka jadi mcm apa yg kte mahu x jadi jgak kalau diri pelajar itu sendri xnak terima..so bermulakan dari rumah..lenturkan mereka seblm terlambat kelak...salam, just pandagan kasar mata ku ini..