The Best Followers

09 July 2009

PPSMI dimansuh???



Tingkat pengajaran bahasa Melayu, tanpa ketepi bahasa Inggeris



KUALA LUMPUR: Isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang mendapat bantahan beberapa pihak, terutama pejuang bahasa dijangka berakhir berikutan keputusan kerajaan memansuhkan dasar itu.

Sebagai ganti, kerajaan akan mengumumkan strategi yang lebih menyeluruh untuk meningkatkan pengajaran bahasa Melayu dan pada masa sama tidak mengetepikan kepentingan bahasa Inggeris di semua peringkat sekolah.

Menurut sumber, dasar baru itu dijangka bermula pada 2012 dan akan dibentangkan pada mesyuarat Kabinet hari ini untuk kelulusan.

Antara langkah yang dijangka diumumkan kerajaan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris adalah menambah bilangan guru dan waktu pelajaran bahasa itu di sekolah, memperkenalkan subjek baru serta merapatkan jurang perbezaan pencapaian murid luar bandar dan dalam bandar.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika diminta mengulas perkara itu, berkata beliau akan mengumumkan keputusan muktamad kerajaan selepas membentangkannya kepada Kabinet tetapi enggan menyatakan butirannya.

Beliau yang juga juga Menteri Pelajaran, berkata keputusan itu dibuat selepas kajian teliti termasuk perbincangan dengan pelbagai badan atau pertubuhan berkaitan pendidikan.

"Tunggulah esok (hari ini). Saya sudah mengemukakan memorandum kepada Kabinet mengenai kedudukan PPSMI dan apa yang telah dilaksanakan dan bagaimana kedudukan penguasaan bahasa Inggeris serta subjek Sains dan Matematik sejak kita melaksanakan dasar itu," katanya selepas melancarkan Projek Gerak Bakti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), di Kompleks Seri Pekembar Pagoh, dekat Muar, semalam.

Beliau berkata, kementerian sudah membuat banyak kajian dan menemui pelbagai hasil termasuk prospek masa depan PPSMI sebelum dibentangkan kepada Kabinet.

"Antara yang diteliti dan menjadi perkara pokok ialah bagaimana kita meneruskan usaha memartabatkan Bahasa Kebangsaan, di samping memperkukuhkan penguasaan bahasa Inggeris," katanya.

Beliau juga berkata, keputusan mengenai kedudukan PPSMI tidak dibuat secara terburu-buru dan bukan kerana desakan serta tekanan mana-mana pihak, sebaliknya ia berdasarkan kepentingan pelajar dan keutamaan untuk mempertingkatkan sistem pendidikan negara.

Ditanya sama ada keputusan itu adalah yang terakhir dan tiada lagi kajian selepas ini, Muhyiddin berkata pihaknya sudah menerima pandangan mengenai PPSMI sejak bertahun-tahun lalu dan sepatutnya sudah ada keputusan muktamad dicapai.

Beliau turut mengakui mengadakan perbincangan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjelaskan kedudukan PBSMI dan membentangkannya kepada Majlis Tertinggi Umno untuk mendapatkan input daripada pimpinan parti.


****bagus la kalau di beri pilihan utk mengajar dalam 2 bahasa...bukan ape,aku memikirkan bebudak yg x paham BI,mestii ketinggalan..aku pun kat sekolah kkdg berbelit2 nk menyebut n menerangkan istilah2 Sains tu..x pasal2 kena kelek kamus kehulu ke hilir..bukan x elok pembelajaran dalam Bahasa Inggeris,tapi mmg ketara pratus penurunan markah subject yg di ajar dalam Bahasa Inggeris...patutnya kita kena pk pemahaman student..tapi skang alhamdulillah,tak la beban sangat utk student2..kalau pk2,negara China,Jepun,Korea gunakan bahasa kebangsaan deorg je dalam sistem pembelajaran,tapi boleh juga maju kan..


11 comments:

Atan said...

terasa rindu kat akak ipar, baru ingat nak belajo bahasa english dgn akak ipar

anaklaut said...

salam..tuya,

tak apalah, kalau itu yg terbaik demi anakbangsa kita ikut saja.

anaklaut pun guru PPSMI..( tapi lambat lagi 2012 )

dkama said...

ye betol... tak Rock kapak la kalau guna bahasa inggris... lama2 hilang la status syair meraung jerit pujangga melayu dalam generasi rock akan datang... hehehe PEACE...

TuYa said...

atan : sama la..abg nasir dok tnya je tau mana atan g..heheheh..jom2 blajo BI..confirm lulus peksa..



anak laut : salam kembali,

tu la kan..kerajaan kena amik kira sekolah2 diluar bandar jugak..tahap penguasaan BI masih rendah..

Tuya x kata sape,tapi contoh terdekat anak Tuya kat kg..setiap kali paper sains mesti menurun je markahnye..tnya ape masalah dia,dia kata dia x paham n x leh nak study sbb susah..sbb cikgu ajar dalam bahasa Ingeris..

Welkem to the club 2012..hehehh..



kama : bukan kita nak mengetepikan bahasa Inggeris kan,tapi bahasa ibunda kita pun masih belum dikuasai 100%..

Martabatkan bahasa Malaysia,Mantapkan bahasa INggeris baru la adil..hehehhe..

ceshhh!!!dah macam ucapan kat mesyuarat PIBG lak Tuya nih..

fazilzura said...

betui tu ..
sian ler kat budk2 skolah zaman skang ni ..
BM pun ado yg x lulus.. ni plak nak ajo BI dlm math dgn sains.. lg ler haru

iEn said...

wah akhirnyaaaa.. ringan jugaak bebanan cikgu2 dan anak2 murid semua..

A.I said...

Hhrrrrrrrrrrrrmmmmmmmmmmm..aku ikut je yg mana elok.. :)

TuYa said...

kak zura : mmg sangat2 membantu meringankan segalanya.. xde la pecah otak..hehhehhe


ien : baru la semangat nak ngajar..



kak ai : dedua elok sebenarnya..tapi kalau dah budak x leh nak blajo,x kan nak paksa speaking speakang kan..

mamai said...

cuma aku rasa tertipu dengan kajian sebelum ini...apa mereka cuba buktikan

TuYa said...

bro mamai : tah le..x reti nak komen mcm ne..tapi keputusan kerajaan ni mmg melegakan banyak pihak..

Amir' said...

salam
hoho betul2..negara maju sebb drg martabatkan bhsa drg sndri..entah2 masa mngajar msti ad dialog itik ckp ngn ayam..