The Best Followers

05 August 2009

TaK PaYaH La RaSa DiRi BaGuS SanGaT..




satu hari,seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan..Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam.Professor itu memang mencari seorg pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian..

Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajiannya..Diambil sedikit air laut dengan tabung uji lalu di goyang2 kan ,kemudia dia menulis sesuatu di buku.Berjam2 Profesor itu membuat kajian dengan tekun sekali..

Pendayung sampan mendongak ke langit.Berdasarkan pengalaman nya,menunjukkan tanda2 hari nak hujan..

Profesor:''Ok..semua dah siap,mari kita ke darat"

Pendayung sampan itu akur dan bertindak mengikut arahan.Dalam perjalanan pulang itu baru lah Professor menegur pendayung sampan tersebut.

Professor :"sudah lama kamu kerja mendayung sampan?"

pendayung :"hampir seumur hidup saya"

Professor :"seumur hidup kamu?

pendayung :''Ya".

Professor :"jadi..kamu tidak tahu apa2 melainkan mendayung sampan?"

pendayung itu hanya menggelengkan kepala.Masih tidak berpuas hati,Professor itu bertanya lagi..

Professor :"kamu tahu Geografi?"

pendayung menggeleng..

Professor : "kamu dah rugi 25% dari usia kamu" "kamu tahu biologi?"

pendayung : (geleng kepala )

Professor : "kasihan..kamu dah kehilangan 50% dari usia kamu" "kamu tahu fizik?"

pendayung : (geleng lagi )

Professor : "kalau begini..kasihan betul kamu..sudah 75% usia kamu hilang..malang sungguh hidup kamu kerana x tahu satu apa..Seluruh usia dihabiskan dgn mendayung sampan..

pendayung hanya mampu berdiam diri dan mendengar sindiran Professor tersebut..Selang beberapa minit,tiba2 hujan turun..Tidak disangka2 ombak besar datang merempuh sampan tadi lalu menenggelamkan sampan itu..Professor dan pendayung terpelanting.Sempat pula pendayung bertanya kepada Professor..

pendayung : ''kamu tahu berenang?"

professor : (dia lak geleng kepala )

pendayung : "kalau macam itu,kamu dah kehilangan 100% nyawa kamu.."

dengan selambanya si pendayung berenang menuju ke pantai..


*****dalam hidup ini kita x boleh mengukur dan menghakimi seseorg tu dr tahap pendidikan nya..itu semua tidak boleh menjamin kehidupan.tak guna kalau kita pandai tapi kita tak tahu benda2 penting dalam hidup kita..adakalanya orang yang kita sangka bodoh tu lebih berjaya dr yang pandai sekolah bertingkat2..


-usaha sempurna adalah kejayaan-


6 comments:

Maiyah said...

salam.. setiap orang ada kelebihan tersendiri, kalau tak kaya duit tapi kaya pengalaman dan macam2 lagi..

Ciklinn said...

ha itulah kan stiap org ada kelebihan masing2 kan... ade yg belajo tinggi tak kemana yg takbelajo lak leh jadi usahawan berjaya... hehehheheh

moral of the story belajarlah berenag.... betul tak cikgu???? hehhehe

caluk@cencaluk said...

selagi bernama manusia, selagi tu ade kekurangan hu hu

Dee said...

citer yg byk pengajaran ni..

Beruwang said...

ilmu untuk berbakti bukan untuk berlagak...

ilmu yang elok perlu di turunkan pada orang lain..

betul tak akak ipar?

TuYa said...

kak maiyah : betul tu kak..setiap org ade je kelemahan n kelebihan..tapi cara org tu menggunakan nya kena la sesuai pada tempat..



ciklinn : blajo berenang n belajo menghormati kelebihan org lain kak..kalau x lemas la sorg2..heheh



caluk : no body perfect..huhuhu



kak Dee : mmg banyak kak..sama2 la kita amik iktibar..



beruwang : betul tu adik ipar..tu la gunanya ilmu utk dikongsi sama2..