The Best Followers

27 February 2010

Celaka Punya Manusia..

KUALA KUBU BHARU: “Dia tendang budak itu macam bola dan langsung tak pedulikan jeritan orang ramai yang melarangnya,” kata Ahmad Fikri Khalis, 19, yang menyaksikan Syafia Humairah Sahari, 3, dibelasah sehingga mati di padang bola sepak di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali, dekat sini, petang kelmarin.

Ahmad Fikri mendakwa, lelaki berusia 28 tahun terbabit yang juga pemandu teksi bukan saja menendang badan kanak-kanak malang itu, malah dia berulang kali memijak kepala mangsa hanya kerana Syafia Humairah masih di luar rumah ketika waktu senja.

Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, lelaki terbabit ‘naik angin’ apabila anak teman wanitanya itu tidak patuh arahannya supaya pulang ke rumah.


Difahamkan, kanak-kanak malang itu sedang bermain di padang itu sambil menyaksikan beberapa remaja bermain bola sepak sebelum diserang lelaki durjana itu.


Menurut Ahmad Fikri, lelaki terbabit secara tiba-tiba datang memarahi Syafia Humairah sebelum hilang pertimbangan lalu membelasah kanak-kanak itu tanpa belas kasihan.


“Mulanya dia menampar dan menendang budak itu. Apabila mangsa terjatuh, dia memijak kepalanya walaupun menyedari perbuatannya dilihat beberapa remaja yang sedang bermain bola sepak,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Menurut Ahmad Fikri, selepas lebih 10 minit membelasah kanak-kanak itu, lelaki terbabit beredar dari kawasan berkenaan sebelum orang ramai bergegas memberi bantuan kepada Syafia Humairah.


“Seorang daripada penduduk yang menyaksikan kejadian cuba mengangkat budak itu untuk dibawa ke hospital.


“Namun, belum pun sempat dia berbuat demikian, lelaki terbabit datang semula sebelum mengangkat mangsa memasuki teksinya.


“Dia mendakwa akan membawa sendiri ‘anak tirinya’ itu ke hospital,” katanya.


Ahmad Fikri berkata, berdasarkan pemerhatiannya, kanak-kanak malang itu sudah mati ketika dibawa masuk ke dalam teksi berkenaan.


“Mana tidaknya, saya lihat dia langsung tidak bergerak, sebaliknya muka dan tubuhnya kelihatan pucat seperti orang sudah mati.


Lebih menyedihkan, katanya, lelaki terbabit dilihat masih memukul mangsa ketika berada dalam teksinya.


“Kami (penduduk) bukan tak nak tolong, tapi diugut lelaki berkenaan supaya tidak campur hal keluarganya,” katanya.


Difahamkan, sebaik tiba di Hospital Kuala Kubu Bharu di sini, lelaki itu menyamar sebagai ‘bapa tiri’ mangsa sebelum mendakwa mereka terbabit dalam kemalangan menyebabkan anaknya itu cedera parah.


Ahmad Fikri berkata, dia dan puluhan lagi rakannya yang menyaksikan kejadian itu tidak mungkin dapat melupakan kekejaman lelaki berkenaan.

“Saya berharap pihak berkuasa mengenakan tindakan sewajarnya terhadap lelaki durjana terbabit berikutan kekejamannya itu.


“Saya yakin penduduk di sini sanggup tampil membantu siasatan jika diperlukan pihak berkuasa,” katanya.



sumber : Metro

memang Tuya x segan silu nak menyumpah,nak maki hamun jantan x guna ni..x ada hati perasaan,perangai macam binatang..mak dia pun sama,dah tau mcm tu nak jugak bersekududkan ngan jantan jahanam ni..td tgk Buletin Utama pun mengalir air mata Tuya..sedih sangat!!!



13 comments:

ZuRaWiTa AhMaD said...

jantan tu mmg bodoh bangang..bkn manusia la tu..binatang pon syg anak...mak & teman lelaki tu...patut dikenakan hukuman...sedudukan pon byk tahun...kawin tak pon..

TuYa said...

kak zura :
setuju2..anak dah besar cerdik mcm tu x sayang agaknye kan..ape la yg ade dalam kepala otak dia tu..

Abeli Rosli said...

salam tuya.. abeli tengok juga dalam tv masa berita.. tadi dah la duduk tak kahwin... peragai macam iblis... betul tok guru cakap..dalam sifat bintang tiada sifat manusia ..tapi dalam sifat manusia ada sifat binatang...

Beruwang said...

hukuman yang setimpal bagi binatang bertopengkan manusia itu .. tendang dan pijak dia sampai mati pulak.. erk boleh kan hutang nyawa di balas nyawa

Maiyah said...

mmg mangkuk jamban tul, biar kene sesah ngan pak polisi

TuYa said...

abeli :
salam abeli..Tuya memang setuju ngan kata tok guru tu..mmg x ade landasan hidup la deorg tu..




aTan :
jom kita wat dia mcm ne dia wat anak dia tu..biar dia rasa..




kak maiyah :
ni bukan specis mangkok jamban..specis laknat jahanam kak..

azieazah said...

Maki hamun sekadar luahan perasaan kita... Memang dia layak mendapat makian..

Semoga ALLAH membalas perbuatannya...
dan semoga arwah SHAFIYA aman dan berada dalam rahmatNYA...

Dee said...

moga semuanya insaf..Allah SWT jelah yg dpt balas kejahatan jantan x guna tu..

- MaMa NuNu - said...

moga tuhan je balas dgn perbuatannya...
pelik pun ade kenape sanggup buat mcm tu...?
mcm dh x ade akal langsung...

ibu_umairah said...

bencii dengan manusia begini..........memang hati binatang

Anonymous said...

mmg sedih bila dgr berita adik shafiya ni..kesian betol sbb cara mati nya mcm tuh.

Bila tgk gambar dia kat TV..cam ada muka2 Indon jerk..muka kominis pon ada..eeee..geram betol!

Einaz Shah Rizal Thomas said...

nice blog..;)

dkama said...

Bangsat punya orang...