The Best Followers

25 May 2010

Masalahnye Budak Sekarang Ni..


semalam..balik skolah,x abis penat naik tangga,baru nak buka grill pintu,jiran Tuya lak menyapa..memula bertanya khabar,tnya pasal hal anaknya yg tuisyen ngan Tuya..pastu dah meleret2 lak nak meluah perasaan..dengan penuh tata susilanya Tuya bgtau dia,Tuya nak masuk letak beg,buku,minum air dulu..nasib bek dia pun angguk kepala tanda setuju..



lepas 5 minit Tuya ngintai2,nak usha kot dia x de dah kat depan koridor umah,rupanya ada lagi..mesti ade cite best yang nak di share tu..



bile Tuya kuor je,Tuya tengok muka dia dah berubah riak..dalam hati tertanya2 gak,ape hal la akk ni..td bukan main senyum simpul,ni dia dok sentimental lak..alahai..rupa2nya,dia sedih sebab anak dia lari dr rumah malam semalam..dalam pkul 3 pagi..



kesnya sbb akk ni n asbennya dapat tau yg anak dia ni bercinta ngan jiran depan rumah..kira jiran Tuya gak la..memang ade jiran2 Tuya kat floor ni yang ade anak bujang..bile dah kantoi deorg bercinta,mak pak masing2 kira nak halang la,sbb budak pompuan tu belum pun 15 tahun..tapi dah tgkatan 3 la tahun nih.yang lelaki tu dalam 20'an.boleh lak bile dah dihalang percintaan nya tu,deorg pakat lari dr rumah lak..



selidik punya selidik,percintaan terlarang tu dah dekat 1/2 tahun dah..kantoi pun sbb adik budak pompuan ni nampak akaknye naik motor ngan mamat depan rumah..then,tadi mak budak pompuan ni minta pendapat Tuya,apa yang patut dia wat skang???nak report ke,nak cari sendiri ke,nak pujuk mcm ne ke,nak di bagi kawin ke...parents lelaki tu pun dah buntu..




pastu yang x bestnya sebab musabab anak dia x leh nak lupakan lelaki ni pasalnye deorg pernah 'berprojek juta jutaan' sesama..and the worse thing is,budak pompuan tu dah lewat period sebulan..tu yang dia cuak sangat sampai nak ngikut lelaki tu..




Tuya suh akk ni wat report kata anak dia kena rogol..tapi akk ni mengenangkan mak pak lelaki yang baik budi nih..mmg mak pak lelaki tu baik,suka tolong jiran2 kat sini,tapi anak lak mcm hantu langsuir..



So,skang ni Tuya nak tanya pendapat kawan2..mcm ne Tuya nak tolong membuka minda akk yang tengah kusut ni utk cari ajlan penyelesaian..kesian lak dia..tak patut anak dia wat mcm tu..bebudak zaman skang ni memang dah over the limit..melampau2 lak mangkok hayunnya..huhuhu..geram Tuya..




11 comments:

mak encik | SZ said...

nauzubillh..mintak dijauhkan...tumpang buntu juga, kalo dah suka sama suka bincang ngan parent lelaki tu kawen kan sajalah...budak2 ni dok pikir kawen tu part syok2 je diorg tak tau tanggungjawab lebih besar drpd tu...isyk isyk...

azieazah said...

Rasanya perlu dibuat report polis juga. Jangan dilengah, sbb kita tak leh nak duga pasni apa nak jadi.

Kalu dapat tangkap dua-dua elok bawa kaunseling. Cari pihak ketiga yang sesuai. Imam ker... pakar kaunseling ker untuk nasihatkan kedua-duanya. Parents pun kena dengar.

Harap2 ini menjadi tauladan juga kpd kita semua sebagai ibubapa. Mencabar sungguh.
Risau kiterrrrr...

Anonymous said...

cetek betui pemikiran budk2 zaman skang ni , bnyk minum susu lembu tu agak nye .. (geram nye psl kan)..

mmg kene bwk diorg pi caunseling.. anak2 skang ni x makan saman kalau nk pukul2, sure lari rumah .. pehtu bile bunting (dh conteng arang kat muka mak ayah ) baru le ingt jln balik.. if not dok layan bisikan SETAN ..

*** komen pjg skit cz b4 ni xdpt nak komen ... xreti cmnr nk komen cz POST COMMEN tu xdak

Anonymous said...

AstaghfirullahalA'zimmm...

inilah yg saya takutkan..kita ada anak, anak kita ntah mcmanalah nnt kan Tuya!

Ada jgk kes mcmni berlaku kat tpt saya..now, kedua2 parents kawenkan mereka berdua. masa nikah, anak dlm perot dah 8bln...

Tp rasanya mmg elok dikawenkan saja..wpon usia msh muda sgt. tp tu laa...klu dihalang makin teruk plk jd nya. Atau pon repot pd Pej Agama....moga mereka dikaunseling kan dan dipantau!

ishh! ngeri la..

Maiyah said...

mintak le dijauhkan..

A.I said...

aiyooo..risau aku. anak2 aku sume fomfuan :(

ntah le tuya. bagi aku elok report je kt polis. pehtu carik la. pujuk dia balik..

TuYa said...

sz | m.a.s.s :
kesian mak budak ni kak..mmg nampak kerisauan yang ketara kat muka dia..sape x sayang anak kan???
sedih je dia skang ni..




kak azie :
ayah dia terkilan sangat bila anaknye buat mcm tu kak..dah le anak sulong,harapan keluarga..sorg lak tu pompuan..anak yg dimanja2..wat mcm ni lak kat mak ayahnye..





kak zura :
td mak dia bgtau Tuya,pg td budak lelaki tu tepon family nye.bgtau yang pompuan tu dah check doc n dah sah ngandung 3 mggu..nak wat mcm ne lagi ek?nak x nak kena la kawinkan..





kak JaJa :
tu la perkara yg paling kita takutkan..dah pun jadi..esok2 perut makin besar kan ke malukan family sendiri..x pk la deorg nih..





kak maiyah :
Tuya dok tingat Tuya ada anak lelaki..jgn la esok2 dah besar dia wat pangai mcm nih..





kak ai :
problem betul bebudak skang ni kan..Tuya pun rasa elok wat report je dulu tu..at least ade la backup..

caluk@cencaluk said...

Benda dah terjadi, kalau kecoh2 pun x de makna, jln terbaik suruh budak2 tu balik ke keluarga diaorg bawak berbincang bkn tuduh menuduh cari salah saper. kalau dua2 ok, gi mintak nasihat kat pejabat agama, since budak tu bawah umur kena ade kebenaran makhamah kalau nak menikah.

apasal ayat aku skema ni he he

kuntumz said...

salam ziarah tuya...
elok kawen kan ajer depa 2 org tu...biarlah kawen muda pun jnji depa tak bnda bukan2...

tulahbdk zaman skrg ni kan..mmg amat mencabar utk dijaga...nauzibillah hi min zaliq....

takutnya kalo terkena kat btg idung sendiri...

dkama said...

kawenkan n soh diorang bertaubat... PEACE..

Nurul said...

Salam, pada pendapat Fiza yang baru umor 22 ni. Kahwinkan aje.

Masa fiza praktikal kat Majlis Agama Islam Johor awal tahun dulu, selama 4 bulan hari2 terserempak dengan pasangan yang kahwin berbadan dua, yang muda ada, yang umo 3o lebih pon ada. Benda ni bukan setakat budak2 je buat. Cuma ketara di media budak2 yang buat sebab ye lah umor pon belum cecah 18 kan? mesti lah dapat liputan.

Lagi 1, harap2 jgn lah mak abah kedua2 pihak ni bertelagah, lepas kahwinkan, nak taknak kedua-dua anak tu WAJIB dihantar ke rumah pemulihan akhlak. Jangan fikir lain, biar cukup setakat itu sahaja dosa mereka.

Walaupon jiran sis kena tanggung malu, nasihatkan dia agar fikir jauh lagi, fikir hingga implikasi yang ditanggung hingga ke akhirat!

Lagi 1, mak bapak pon kena pergi kaunseling. Mereka perlu turut bersedia dan belajar utk menerima hakikat ini dengn baik. seterusnya sama-sama membantu anak kembali ke jalan yang benar.

oh ye.. kalau bertepuk sebelah tangan takkan berbunyikan? baik perempuan mahupun lelaki tu kedua-duanya bersalah. Tapi lelaki tu patut lebih bertanggungjwab sebab dia dah cukup tua untuk berfikir dan faham dosa haram!


Wah panjang betul!!!! :) itu jelah yang fiza dpt fikirkan