The Best Followers

01 June 2010

-Dah Kenapa Ngan Hangpa Ni??


Empat budak makan tanah

SUNGAI PETANI: “Saya suka makan tanah, biarpun ia keras tapi sedap,” kata I Yogeswary, 9, seorang daripada empat budak yang dimasukkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, kerana dijangkiti kuman selepas dipercayai memakan tanah.

Empat kanak-kanak perempuan berusia antara enam hingga sembilan tahun itu dimasukkan ke hospital berkenaan selepas ditemui dalam keadaan lemah dan tidak bermaya akibat jangkitan kuman kerana dipercayai makan tanah sejak beberapa bulan lalu.


Kanak-kanak itu ditemui di rumah mereka di Kampung Padang Lembu, Jalan Jeniang, dekat sini, dua hari lalu oleh beberapa ahli parti MIC yang membuat program pemeriksaan kesihatan di kampung berkenaan pada 28 Mei lalu sebelum dikejarkan ke hospital.


Selain Yogeswary, dua adiknya Nageswati, 7, dan Ganggadevi, 6, serta seorang saudara mereka Vikneswary, 9, kini berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di hospital berkenaan sejak tiga hari lalu.


Yogeswary berkata, dia bersama dua lagi adiknya serta seorang saudaranya memakan tanah merah yang diambil di depan rumah dan perbuatan itu dilakukannya setiap hari sejak setahun lalu tanpa pengetahuan ibu bapa.


“Setiap hari kami mengambil tanah itu dan memasukkannya ke dalam poket seluar bagi mengelak dilihat bapa sebelum masuk ke dalam bilik dan memanggil adik serta saudara untuk makan tanah itu bersama,” katanya, semalam.


Pengarah HSAH, Dr Hariff Fadzilah Hashim yang dihubungi berkata, kanak-kanak terbabit dimasukkan ke hospital itu tiga hari lalu selepas mengalami pelbagai penyakit seperti kurang darah, jangkitan kuman dan kurang zat.


“Bagaimanapun, keempat-empat mereka stabil tetapi, kami masih membuat kajian mengenai punca penyakit mereka,” katanya.

Sumber : Metro online


***x dapat Tuya nak bayangkan mcm ne la deorg makan n kunyah tanah tu sampai deorg kata sedap..agaknye masa makan tanah tu deorg bayangkan kepci,mcD,pizza kot..kesian pun ade,tapi deorg makan tanah ni pun di luar pengetahuan mak paknye kan..salah sape???setahun lak tu..

12 comments:

Anonymous said...

emm diorg ni dr keluarga miskin ke>?

smpai kan nk makan tanah ..

dkama said...

wah kaya ar camnih... jimat abis... tak yah kerja pun idop... PEACE..

TuYa said...

kak zura :
agaknye kot keluarganya miskin..tapi x kan la sampai hati mak bapaknye bg anak makan tanah ek..


kama :
hahahhahaah..tu la pasal..PEACE!!

mak encik | SZ said...

agaknya bebudak ni imagine kn tanah tu cam coklat sbb kaler sama kot... :p

teringat episod BERSAMAMU bl ntah,anak org tu pggl bawang goreng tu "ayam"..sedih btol tgk nya...

TuYa said...

sz | m.a.s.s :
tu la kak..agaknye masa makan tu deorg imagine makanan yang best2 je..

kita rasa kita susah,ade lagi org yang susah dr kita kan...sedih.

azieazah said...

Mungkin kemiskinan pun antara sebab, tapi budak2 tu makan dgn cara menyorok dari ibubapa.. Sungguh pelik...

TuYa said...

kak azie :
mgkin jugak kak..tapi tu la kan,deorg wat tanpa pengetahuan ibu bapa nya..

Mama Hanim said...

alahai nape smp cmtu? kt SP plak tu..

sini kan byk makanan sedap2, tanah plak jd pilihan dorg.. kes pelik tu..

TuYa said...

kak wani:
heheheh..ni kes2 terpencil la nih..sampai buleh lak dia kata tanah tu sedap..apakah??

kuntumz said...

xtau nk kata apa..tpi yg pntg nasiblah baru bapa bulan jer depa mkn tanah tu..klo dibuatnya dah bertahun mkn tanah tu, kita tak sedo, ntah apa yg akan jadik.....

TuYa said...

kuntumz :
kalau lama lagi tu x tau la mcm ne rupa bentuk bebudak tu..
org somalia pun x de la makan tanah..kesian betul

Ili said...

ctually dlm term scientific org pggl ni "pica" means perbuatan addicted mkn bende2 yg x bleh di mkn. ada jer kes mkn kaca, mkn beras mentah, minum petrol pon ader taw..

saye penah ade friends of friends yg perggy n mengidam makan selipar jepun.hehehehehe...