The Best Followers

27 August 2010

-Salam Jumaat

Salam hari Jumaat,salam Nuzul Quran utk sume kawan2..Hari ni Selangor cuti Nuzul Quran.Ada negeri yang amik cuti ni,ade yang x..pada yang bercuti tu selamat marathon cuti..Jumaat,Sabtu,Ahad..nasib baik hari Isnin depan 30hb,kalau 31hb terus leh sambung cuti 4 hari..

Tuya hari ni plan nak mengukis..nak wat kuih raya sket2..tgk la nnti nak wat kuih ape..x de idea lg ni..nak menggogle dulu resepi2..nak ngintai2 blog2 akak2 chef..heheh..

Jom kita hayati pengertian Nuzul Quran..

PENGERTIAN NUZUL AL-QURAN

Daripada segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata perbuatannya ‘nazala’ (نزل) membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’. Sebenarnya penggunaan istilah Nuzul al-Quran ini secara majaz atau simbolik sahaja yang bermaksud pemberitahuan al-Quran. Tujuannya untuk menunjukkan ketinggian al-Quran.

Secara teknikalnya Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. Perkataan Nuzul dalam pelbagai wajah sama Ada kata nama, kata perbuatan atau lainnya digunakan dalam al-Quran sebanyak lebih kurang 290 kali. Sebagai contoh, “Dia yang telah…..menurunkan hujan.” (al-Baqarah:22), “Dialah….yang menurunkan Taurat Dan Injil.” (Ali Imran:3) Dan banyak lagi ayat-ayat lain.

**lagi di sini

4 comments:

Beruwang said...

leh rasa kuih akak ipar erk

A.I said...

rajin kau wat kukis...aku blk melaka baru angkut kukis mak. haha..

mak encik | SZ said...

selamat mengukis tuya! (mula2 baca apa plak kukis ni...lama2 perati baru tau "cookies") :p

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

terima kasih nice nifo