The Best Followers

13 October 2010

-Kat Mana Tempat Yang Selamat?

Wanita tunggu lif mangsa samun,cabul

KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 20-an bukan saja disamun sebaliknya dicabul sebelum ditendang suspek ketika sedang menunggu lif di kawasan rumahnya di Subang Jaya, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa yang baru pulang didatangi seorang lelaki berusia lewat 20-an sebelum mengacu pisau ke arahnya ketika menunggu lif untuk naik ke rumahnya di tingkat lima.


Menurut sumber, tersentak dengan itu mangsa kemudian menyerahkan beg tangan yang mengandungi wang tunai hampir RM500 selain sebuah telefon bimbit kepada suspek kerana bimbang dicederakan.


“Suspek bagaimanapun bertindak lebih agresif dengan meraba bahagian kemaluan mangsa sambil mentertawakan wanita terbabit yang ketakutan.


“Berang dengan perbuatan itu, mangsa kemudian menjerit meminta bantuan daripada orang ramai menyebabkan suspek panik. Namun, suspek masih sempat menendang tubuh mangsa beberapa kali sebelum melarikan diri,” katanya.


Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Subang, di sini, berhubung kejadian berkenaan.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.


-kat mana lagi le tempat yang selamat kat dunia ni ek?g sana sini ade je kes macam2 yang menakutkan kita..lagi2 orang pompuan ni..ishhhh!!!!

9 comments:

mak encik | SZ said...

errr...mangsa tu br pulang dr mana kol 6pagi sorang2 tu...haisssyyy gerun...

TuYa said...

kak sz :
tak lak di bgtau kat paper tu..ni yang takut kuor umah sorg2 ni kan..ishh..

en_me said...

kena pakey cawat besi kott.. uhuhu

TuYa said...

en_me:
buka kena pakai cawat besi je,kena pakai baju kebal kot..

Drama Mama said...

tah laaaaaaa....rasa semua tak selamat! risau jaa nak ke mana2 pun. rasa nak dok umah ja tak kluaq2! huhuhu

http://twinkywinkystars.blogspot.com

Dee said...

eee..skrg ni kt mana2 pun rasanya mcm x selamatkan..

YanDarwisy said...

Tulah pasal. dulu bujang berani lagi drive mlm2 balik melepak kat mamak. Skrg ni kalau drive sorang jer tgk2 luar kot2 ader org yg ikut. tak selamat skrg ni

TuYa said...

drama MaMa :
kalau dok rumah x kuor2 lak mesti kita jadik blur!!!!



kak Dee :
memang kak..even dalam rumah sendiri pun x selamat dah skang..


Yan :
skang nak g buang sampah kat bawah pun takut nak naik atas kalau malam2 tu..takut ade org tggu kat tangga!!

CuTeMiUt78 said...

alamak.. ngeri la dgr.. a'ah la kan.. takde tmpt yg selamat sekarang ni