The Best Followers

14 March 2011

-Saida tetap mahu bercerai

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan peserta Akademi Fantasia musim keenam, Saida, tetap dengan pendiriannya ingin bercerai walaupun suaminya masih berhasrat mempertahankan rumahtangga yang mereka bina 15 tahun lalu.

Perkara itu diakui oleh kakak penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza itu selepas Hakim Syarie Mohd Suhaily Rosdi bertanyakan perkembangan status perbincangannya dengan suami Mohd Ghazali Yahya Zikri itu, 40, (defendan) di Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini.


Menurut Saida atau nama penuhnya Siti Nursaida Tarudin, 35, permohonan cerai secara baik yang dibuat pada 6 Oktober 2010 berikutan antara mereka sudah tiada persefahaman selain gagal didamaikan.

"Saya akui kami masih tinggal bersama dan memang kami ada berbincang. Bagaimanapun dia masih tidak bersetuju bercerai secara baik,” kata bekas peserta program realiti Akademi Fantasia 6 itu.


Mohd Ghazali tidak dapat hadir pada prosiding hari ini kerana tidak sihat.


Mohd Suhaily memberi peluang terakhir kepada Mohd Ghazali untuk hadir pada 18 Mac ini untuk sebutan semula kes.


***tah le..nnti mesti anak2 yg jadi mangsa..nak cakap banyak pun x reti sbb mmg x mengikuti perkembangan si Saida ni..tau dia cuma akak Dato Ct je..ade sebab la tu agaknya nape nak bercerai kan..sangka baik je la..[kepochi je kan]..



4 comments:

kuntumz said...

mmg sedih klo dgr citer cerai berai nii..nak2 pasangan tu dh bertahun2 hidup bersama..tak syg ker perkahwinan yg dh dibina tu..anak lagi....tpi tulah, bnda ni tak kene btg idung kiter sendiri...dan mintak2 dijauhkanlah...

Anonymous said...

akak pun tak tau menahu la ttg perkembangan artis lately nih... mcm katak bwh tempurung kan?? hahaha..

siyes, akak baru tau berita Saida ni nak becerai dari n3 tuya...
hmm..tak tau nak mengulas klu bab cerai berai ni. Doakan aje moga mereka berdamai .

TuYa said...

Jia :
tu la kan..tapi dah jodohnya sampai kat situ je kot...doa yg baik2 je la kan..

TuYa said...

kak JaJa :
Tuya pun x sengaja malam td baca paper..terbaca la pasal tu...kalau ade jalan damainye,baik berdamai ek..tapi dah masalah org kita x tau kan...