The Best Followers

20 April 2011

-Apa nak jadi bebudak sekarang ni?

Pelajar Di Cabul Dalam Kelas

ARAU: Empat pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini, ditahan polis kerana berkelakuan liar termasuk mencabul seorang pelajar perempuan dalam kelas sama tanpa menghiraukan pelajar lain melihat perbuatan terkutuk mereka.

Tiga pelajar lelaki terbabit yang berusia 15 tahun yang juga rakan sekelas mangsa bersama seorang pelajar berusia 16 tahun melakukan perbuatan itu ketika waktu persekolahan, kelmarin. Pelajar perempuan berkenaan yang tidak tahan dijadikan objek seks sejak tiga minggu lalu oleh keempat-empat pelajar terbabit membuat laporan di Balai Polis Arau, malam kelmarin, sebelum polis memberkas semua suspek, semalam.


Timbalan Ketua Polis Daerah Arau, Deputi Superintendan Lee Swee Meng ketika mengesahkan kejadian berkenaan berkata, empat pelajar terbabit didakwa memegang buah dada dan paha mangsa di dalam kelas ketika ketiadaan guru.

Menurutnya, semua pelajar lelaki tingkatan tiga dan empat itu ditahan di bandar ini tengah hari semalam.


“Semua suspek didakwa tidak menghiraukan rakan sekelas lain yang melihat perbuatan mereka mencabul mangsa. Mangsa sebelum ini mendakwa sering diganggu empat suspek dan paling ketara apabila mereka memegang buah dada dan pahanya,” katanya di sini, semalam.


Lee berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu mencabul kehormatan dan pihaknya dalam proses mendapatkan perintah reman terhadap semua suspek bagi membantu siasatan lanjut.

Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang lelaki warga Bangladesh berusia 25 tahun yang kemaruk seks ditahan kerana disyaki mencabul kehormatan seorang gadis berusia 17 tahun yang juga rakan sekerjanya, kira-kira jam 11 pagi kelmarin.


Lee berkata, lelaki terbabit yang bekerja di sebuah pasar raya di Pauh, dekat sini, gagal mengawal nafsunya lalu memegang paha mangsa ketika mereka bekerja.


**ni la padahnya kalau dah terlalu banyak pendedahan yang negative pada pelajar2..benda2 yang x elok sangat mudah didapati di internet..sampaikan perlakuan yg begitu sensitif mcm ni pun deorg leh wat suka2 hati kat mana je..asal boleh..dalam kelas pun jadi je..dah x de rasa hormat kat tempat menuntut ilmu..apa la nak jadi..Tuya ade anak lelaki,risau jugak ape la lagi dugaan akan datang kan..harap2 anak2 kita dijauhkan dr segala jenis masalah keruntuhan moral ni..amin..

7 comments:

Dee said...

dee pun risau..nak2 anak dee dua2 tu perempuan..skrg pun dh mcm ni..masa2 depan tak taulah..

TuYa said...

kak Dee,
memang kan..bebuudak skang ni makin berani kak..

Tie HT said...

lagi satu tuka je baju sekolah..color putih cekci..bg kaler lain,merah ke..huhu

mak encik | SZ said...

eee ngeri...
akak penah nampak apek tua dok mencabul kat dalam bas...
rasa nak lempang je, muka selamba je pegang B pompuan tu... kesian budak pompuan tu...

TuYa said...

kak Tihara,
x pun wat warna pelangi ke ek?
heheeheh

TuYa said...

kak sz,
Tuya pernah kena gak,kat pasar ramadhan kak..
dok berasak2,alih terasa ade yg dok pegang bontot..menjerit la Tuya pun..
ishhhh..x suka tau..

sekadar satu coretan said...

mmg risau sesangat...dah semua anak kak ain perempuan..

selalu gak pesan kat dia org ni..supaya berhati2...

kadang2 benda ni terjadi tanpa disedari..makin berani w/pun masih belajar lagi tu...