The Best Followers

06 October 2009

MaaFkan CikGu..




ni cite dr email..kawan Tuya ni cikgu kat Muar..dia yg send cite ni..terkesima jap Tuya baca email cite seorg cikgu dengan anak muridnye..jom le sama2 kita baca..


Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.
Saya masih bersabar dengan keadaan pakaiannya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.

Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?”
Dia terkejut dan wajahnya berubah.

“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya

“Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?”

” Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….”
Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.




moral of the story ni Tuya dapat simpulkan,jangan la kita sesuka hati je nak menghukum seseorg tanpa ade usul periksa dan bukti yang kukuh..
melihatkan kesungguhan budak tu,sepatutnya kita kena bersyukur dengan ape yang ada..susah kita,ade orang lagi susah dr kita..fikir fikirkan lah..
esok sure Tuya cite story ni kat budak kelas Tuya..biar deorg motivate diri sendiri..

p/s : pic Tuya kat atas tu saja je nak interframe..just nak mengingatkan diri sendiri tentang kewajipan seorang cikgu..x semestinya cikgu ade kuasa veto nak menjatuhkan hukuman pada anak murid..




05 October 2009

RaYa TaK aBis LaGi..



aku memang dah plan dr berhari2 yang lepas nak melawat kawasan..
hehehhehe..x abis2 melawat kawasan ekk..
aku plan nak beraya kat area seri kembangan..
dulu kan aku dok kat Equine Park,Seri Kembangan..jadinya mesti la ramai kawan2 kat sana..
deorg pun dah sms hello2 tnya bile nak dtg..
dengan persetujuan eri,kitorg pun g la sana semalam..
dah nama nak lawat kawasan kan..huhuhuhuhu..dah sejalan lak ngan umah kak ZaNa,kitorg pun singgah beraya ke rumah dia..
ni baru 1st time jumpa tau..sonok dapat jumpa kak zana..


jom g beraya..posing dulu..



Tuya n KaK ZaNa..budak kecik itu sangat cumel..aku suka betul ngan rambut kiting2 halus dia..tu la anak kak zana..sangat manja..



tenkiu kak zana sbb menjamu tekak n perut kitorg ngan mee rebus yg sedap..kuih tart pun sedap..heheheheheh..


lepas dah berkepochi2,makan,borak2..Mila dok sms tepon x sudah2..
dia cakap nak g umah 'member lama'..seyes aku dah lupa muka member lama ni..lepas sekolah aku x jumpa dia sampai skang..rasanya dah 10 tahun..last aku jumpa dia tahun 1999..skang dah 2009..x leh imagine mcm ne roman ( rupa ) minah ni..
kira jejak kasihan gak la nih..
gigih la pulak aku ngan eri g Serdang Raya..
sudah tukar plan la..

si Mila la yang beria ajak aku g umah member lama ni..kitorg g sama2 dr Equine..
alahai Equine,lalu kat umah lama tingat lak aku sonok dok sini..
macam nak pindah sini semula jer..huhuhuuh..


boleh lak si Mila pun pakai baju warna sama ngan aku..dah mcm nak g kenduri kawin..Mila mmg baru balik dr wedding kawan dia pun..yang baju warna purple tu la kawan lama aku yang dah lama x jumpa..KakCik kitorg panggil dia..


x tau lak dia dok Serdang ni dah lama..punye la kecik dunia kan..masa aku sampai tu ramai kawan2 lama yg aku jumpa..bertahun2 x jumpa..ade yg dah 4 anak..tapi boleh lak masa tu lupa nak amik gambar..rugi2..dah last2 minit nak balik baru la aku tingat nak amik pic ngan tuan umah..



jumpa jugak mengimbas kenangan2 lama masa skolah..masing2 ngan cite sendiri..minggu depan member lama aku ade wat open house gak kat Kelana Jaya..dia siap pesan,"kalau nak berjejak kasihan lagi..jgn x pergi umah dia. nak korek kerahkan sume member lama yg ade kat KL dtg"..
tah sape la yang dtg nnti..sonoknye nak jumpa kawan2 lama..

aku ni sebenarnya kat sekolah..hehehehehe..x leh lama2 memblog,nanti org kata makan gaji buta..jom le kerja...hehehehehe




04 October 2009

CaKaP KanG KeciK HaTi..


ape ke jambul la org yang wat signboard ni..
mmg nak kena masuk kelas pemulihan 3m..
suka2 hati dia je kan..
tengkorak dia "Kapak"...hadoyaiiii..macam2..