The Best Followers

02 August 2010

-Cite BAru Tv3




Sambil2 tengok cite baru tv3,sambil wat n3 nih..cite ni lebih kurang macam Filem Syurga Cinta yang Awal Ashaari ngan si Heliza berlakon tu..
ni dia wat drama.."Epilog Syurga Cinta"..yang penting adik Mia ade berlakon..ade sorg lg budak lelaki comel tu..suka!!!


meh kita baca sinopsis cite nih...


Kisah bermula tentang Irham yang membesar di luar negara sejak umur 12 tahun, kemudian belajar di sana dan membesar di sana telah pulang ke Malaysia untuk bekerja di syarikat bapanya, Tan sri Zakaria. Irham seorang suka bersosial, hidup cara Barat, dan pandai memikat perempuan telah dicabar oleh kawn kawannya Alex dan Zainal. Mereka telah mencabar Irham supaya memikat gadis bertudung. Jalan cerita macam filem Syurga Cinta yang dilakonkan oleh Awal dan Heliza je kan..cuma yang ni didramakan. Perempuan yang jadi mangsa tu ialah Cikgu Syuhada lakonan Fyza. Syuhada ialah anak yatim yang dijaga oleh datuknya. Dalam cerita ni adik Mia Sara akan jadi adik kepada Zizan Nin. Jadi orang tengah menyatukan cinta dua hati antara Cikgu Syuhada dan Irham.

Dapatkah Irhan memikat hati Syuhada dan pe kesudahan cerita ni..sama sama le tengok nanti..

-Hari Minggu Tuya



semalam..akibat kebosanan dok umah dan menyampah nak dedekat ngan jiran2 yang mcm ampeh tu,Tuya pun dok melepak kat rumah adik ipar Tuya..taman sebelah je..melepak sampai tengahari,busan gak..kebetulan adik ipar Tuya yang lelaki tu nak g survey2 keta..nak beli keta 2nd..kitorg pun g la area MRR2..banyak used car tepi jalan tu..

dr MRR2,g Klang..pastu g Puchong lak..memang survey keta sungguh..hehehehh..x sempat nak snap2 pic kat used car tu,sbb nyibuk nengok keta..macam2 pesen ade..tgk tu,nak ni,tgk ni nak tu..mcm banyak duit je kan..dah kehulu kehilir cari keta,perut lapar..yg sorg nak makan cendol,yang sorang nak makan nasik..masa tu dah kul 4 ptg..mana le ade kedai makan nasi campur dah.. kat area Puchong ade satu gerai..cendol,abc,rojak..g makan kat situ je la..

masa makan ni ade la pic sket..tu pun pic Tuya x de..selalu memang mcm tu,kita dok sibuk snap sana sini..pic sendiri x de..

encik Eri yang sempat baca paper lg..


ni le adik2 ipar Tuya..yang nak cr keta,adik lelaki tu..masing2 muka lapar..hik hik..


ABC n cendol yang sedap sedap!!!


mee rebus ni pun superb!!!pekat cukup rasa..


rojak pasembor yang mmg menyembur la..hik hik..


fokus!!!dahaga punya pasal..

lepas kenyang sedawa 5 kali,kitorg pun pakat2 nak balik..dalam keta dok bincang2 pasal keta..dah compare sana sini,decide nak amik Persona yang kat used car MRR2 tu..kitorg g semula used car tu,bincang2 ngan salesman tu,sume on..alhamdulillah,kalau x de pe2,mggu depan dapat le adik ipar Tuya ni keta..nnti kalau dah dapat,Tuya snap pic letak dalam blog ni ek..

bile la Eri nak tukar keta ek..sayang sangat kat wira tu..puas pujuk dah aihh!!!


01 August 2010

-Kita senyap pun orang sakit hati..

weekend yang paling x best utk Tuya semalam..sbb Tuya kena serang hendap ngan jiran yang bermulut longkang..pelik betul Tuya bila kita x kacau org,org x puas hati..boleh??

tak tahu la apa masalahnya sampai Tuya pun leh terjebak sama..si A dok borak ngan si B..tetiba si A kata Tuya yang cakap bla bla bla..pasal si B..pastu si B naik hangin dok sms tepon Tuya tanya mcm2..bila ajak jumpa dedepan x mo..

Tuya memang x puas hati bila nama Tuya jadik sebutan glemer x tentu hala..x suka publisiti murah okey..hehehhehe.. dengan nekad n berbekalkan nasihat dr mak,(tensen sampai dok tepon mak minta pendapat),Tuya pun g la rumah si A ajak berbincang ngan si B..

plan jalan ok..baru separuh masa perbincangan,si A lak tetiba kata dia x leh lama..belum habis dok soal jawab lg tu..dia dah blah..blur jugak la Tuya masa tu...apehal lak kalut semacam je..then dipendekkan cite,Tuya bgtau si B,Tuya x pernah amik tahu hal dalam n luar kain dia..x kuasa nak nyebok2..kalau si B rasa nak caya,caya la..kalau x nak terpulang,x de paksaan..no hurt feelings..

pastu Tuya kata,Tuya minta maaf awal2 sbb lepas ni kalau Tuya x bertegur sape ngan jiran2 sume, Tuya x nak dapat taik..dan Tuya x akan amik tau ape2 pun..nak tnya pasal isi borang sekolah ke,nak tanya pasal tuisyen anak ke ape ke,i dont care!!!!!
si B pun angguk2 then minta maaf jugak..Tuya kata 0-0..ngan si A yang penakut hangit tu,Tuya dengan ikhlasnya sms bgtau apepun yang dia dah jaja nama Tuya,Tuya maafkan..jangan kacau Tuya dah..

Ape la masalah manusia ni kan..pelik betul..Tuya dok dediam dalam rumah pun deorg susah hati..baik salah,jahat lagi salah..Eri pesan kat Tuya.."kalau dengan cara menyombong tu boleh menyelamatkan keadaan,sombong la Yang..lagi bagus dr sakit tinge,sakit hati sendiri"..
Eri siap jumpa akak2 si A & B tu,cakap elok2.."mulai hari ni,saya x benarkan isteri saya berbual benda x penting ngan akak2 lagi..jangan kecik hati yer..saya x mulakan sume ni"..

sedih betul Tuya bila ade jiran yang busuk hati nak melaga2kan Tuya ngan jiran lain..ape la salah Tuya..bila ajak berdepan,ngelak2 pulak..dunia dunia..

skang Tuya adalah org sombong kat blok ni..x kisah pun kalau org kata "Teacher sombong"..bak kata abah Tuya,''biar org jauh ngan kita,jangan nasi jauh ngan kita..mati lapar kita"..

-memaafkan dendam yang terindah-