The Best Followers
31 January 2011
-Dah Bulan Februari
sekejap je lahai dah bulan Februari..bulan kedua dalam tahun 2011..pejam celik..pejam celik..mcm2 dah jadi dalam 2011 ni walaupun awal2 tahun..banyak yg x best dr best..semalam Eri merungut,dia dah 3 tahun keja ngan company x dapat bonus..org lain yg masuk baru 3 bulan boleh dapat bonus 1k..even budak despatch pun dapat bonus rm400..sangat2 x adil kan?Tuya cuba sedapkan hati dia,cakap kat dia mgkin x de rezeki kita lagi..padahal sakit dada Tuya ni menahan sakit hati..
Tuya suh dia benti je la keja situ kalau dah terang terangan dia di pergunakan utk kesenangan org lain..padahal profit company dia utk tahun 2010 berjuta2 dapat..kerah tenaga pekerja mcm ape..siang malam kerja x peduli ape dah..last2 mcm ni yg Eri dapat..nampak la muka Eri fedup,frust n sedih..kesian dia..now,Tuya tengah submit resume dia kat mana2 company yg advertise kerja kosong yang sepadan ngan bidangnya..tanpa pengetahuan dia..harap2 rezeki dia ada kat tempat yg sepatutnya..tempat yg tahu menghargai segala pengorbanan dia..
[dia sanggup kerja tonggang tonggek masa bulan 11-12/2010 aritu..masa tu anak Tuya ada cuti kat KL..x bawa anak jalan mana2 pun sbb cuti dia dibekukan kes nak kejar pojek provide internet kat Hotel star kat KL ni..tu pun boss2 dia x nampak ke?]..so annoying tau..
harap2 Februari ni ade la lembaran baru utk kehidupan kami sekeluarga..minta di murahkan lagi rezeki,dipermudahkan segala perjalanan karier suami Tuya..amin..
29 January 2011
-Buat Tuya Tersengih sengih..
tengah syiok ngemas susun kertas buku yg ade,Tuya jupe 2 helai kertas yang wat Tuya sengih sorg2..
ni mesti budak tuisyen Tuya punya keja..boleh lak dia melukis muka Tuya mcm tu..ceshhhhh!!!!
''kereta yang hebat tidak boleh beli sebab ayah dah ambil duit tidak cukup nak membelinya"..ni Tuya tau keja sape..ni mesti anak bujang Tuya punya luahan rasa..sbb aritu ayah dia x bg dia g kedai beli kereta mainan,dia nak g jugak..Eri amik duit tabung dia,nyorokkan..masa tu dia majuk berkurung dalam bilik study ni..heheheh..lucu la budak itam nih..
kalau kita meluah perasaan kat blog,diari..bebudak pun ade cara nak mengekspresikan emosi dan rasa hati..sweet sangat kan..
26 January 2011
-Tuhan Maha Mengetahui
GEORGE TOWN: Seorang wanita muda menitis air mata dan menadah tangan tanda syukur apabila Mahkamah Tinggi hari ini membebas dan melepaskannya dari tuduhan membunuh bayi yang baru dilahirkannya dalam tandas kilang tempatnya bekerja dua tahun lalu.
Nurul Syuhada Shamsudin, 21, tidak dapat menahan sebak sebelum dipeluk oleh ibu dan ayahnya dalam mahkamah itu setelah gari tangannya dibuka oleh anggota polis selepas Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim membaca penghakiman.
Terdahulu, Zamani dalam keputusannya berkata mahkamah membebaskan dan melepaskan Nurul Syuhada selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
"Setelah mendengar keterangan pendakwaan dan hujah bertulis, mahkamah mendapati terdapat dua situasi yang berlaku iaitu sama ada bayi itu mati sebelum lahir ataupun mati selepas lahir dan dalam kedua-dua situasi itu, saksi iaitu Pakar Patalogi mentakrifkan bahawa bayi yang dikatakan lahir hidup ialah bayi yang boleh bernafas dengan sendiri selepas keluar dari rahim ibunya," kata beliau.
lemas namun adalah tidak dapat dipastikan sama ada bayi itu mati sebelum keluar
dari rahim ibu atau mati selepas keluar dari rahim ibu dengan mempunyai
elemen-elemen membunuh menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Nurul Syuhada berasal dari Parit Buntar, Perak, didakwa membunuh bayi yang
baru dilahirkannya antara 3 pagi hingga 7 pagi pada 31 Disember 2009, di dalam
tandas perempuan di kilang Jabil Circuit, Bayan Lepas di sini.
Mayat bayi tersebut dijumpai tersangkut dalam lubang tandas kira-kira 2.15
petang keesokan harinya oleh seorang tukang cuci selepas menerima aduan
tandas tersumbat. - Bernama
**macam2 hal lak bebudak n manusia skang..tengok berita td pun ade gak kes bayi baru lahir ditikam..kes yang kat atas tu lak,ibu bayi tu terlepas dr hukuman..deorg x leh nak buktikan samada baby tu mati masa lahir ataupun dibunuh.tapi kalau nak guna logik akal kalau iye pun pompuan tu terberanak kat toilet,mesti lepas tu dia bgtau org yang dia terberanak..kalau dia x salah le kan..ni esok petangnya baru tau,tu pun sbb tandas sumbat..
hukum dunia dia terlepas,hukum Allah esok lusa,pasti menanti..Na'uzubillah..
sedih betul Tuya bila dengar kes2 buang bayi ni..Tuya nak!!!!!Tuya nak anak tu..uwaaa..