
alhamdulillah..
panjang lagi umur Tuya utk bernafas atas bumi Allah ni..
syukur atas segala kurniaan,kelengkapan hidup,dan yang paling pentingnya keredhaan dan keberkatan utk terus diterima di sini..
Happy Birthday To Me!!!!!
Marah Kejut Solat Subuh
AMPANG: Seorang isteri kini terlantar dalam keadaan koma dan bertarung nyawa di hospital akibat dibelasah serta ditikam suaminya yang naik hantu selepas wanita itu menyuruhnya menunaikan solat Subuh.
Kejadian berlaku di rumah pasangan berusia 30-an terbabit di Pandan Indah Commercial Park, di sini, kira-kira jam 6 pagi semalam dan mangsa yang kehilangan banyak darah akibat cedera di perut kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang.
Sumber polis berkata, kejadian berlaku apabila suami mangsa yang tidur berang selepas dikejutkan isterinya dan disuruh mendirikan solat Subuh.
“Tindakan mangsa menyebabkan suaminya berang sebelum berlaku pertengkaran hampir 10 minit. Suaminya yang hilang pertimbangan membelasah mangsa lebih 30 minit sebelum mengarahkan mangsa jangan menyuruhnya bersolat.
“Biarpun dibelasah dan diugut demikian rupa, mangsa masih meminta supaya suaminya berubah selain menunaikan solat,” katanya.
Menurutnya, keengganan mangsa mematuhi arahannya menyebabkan suaminya bertindak lebih agresif dengan mengambil pisau dan menikam perut wanita itu.
“Mangsa terjatuh sebaik ditikam dan keadaan itu menyebabkan suaminya panik, apatah lagi selepas melihat isterinya berlumuran darah serta meraung kesakitan,” katanya.
Sumber itu berkata, bunyi bising akibat pertengkaran dan serangan suspek ke atas mangsa menarik perhatian jiran mereka, seorang lelaki berusia lewat 20-an yang bergegas ke rumah pasangan itu.
“Sebaik masuk ke rumah berkenaan yang pintunya tidak berkunci, jiran itu melihat mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah manakala suaminya berdiri sambil memegang pisau.
“Terkejut dengan kehadiran jirannya, suspek segera melarikan manakala mangsa dibawa jirannya itu ke hospital dengan bantuan beberapa jiran lain,” katanya.
Difahamkan, sehingga petang semalam keadaan mangsa dilaporkan kritikal manakala suaminya yang menghilangkan diri kini diburu polis.
Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut dilakukan.
**nak cakap mcm ne ni?istigfar panjang..bini tu nyuruh wat pahal bang oii..bukan ajak wat dosa..tu la dia kalau dah setan menguasai diri,dah x sedar diri..joget2 setan suka tgk ko blasah bini ko..bongoknya!!!
‘I did it because I wanted to be free at last,’ she said. ‘These photographs are a liberation from the restrictions of my childhood.'
‘I want these photos to show young Turkish women it’s OK for you to live however you choose.’
bangang x de tahap dah budak pompuan ni..boleh lak kata yang dengan wat mcm tu dia nak bebaskan diri dia ..dia nak tunjuk kat pompuan2 muda berbangsa Turkish,adalah OK wat mcm tu...WTF!!!!ARAU: Empat pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini, ditahan polis kerana berkelakuan liar termasuk mencabul seorang pelajar perempuan dalam kelas sama tanpa menghiraukan pelajar lain melihat perbuatan terkutuk mereka.
Tiga pelajar lelaki terbabit yang berusia 15 tahun yang juga rakan sekelas mangsa bersama seorang pelajar berusia 16 tahun melakukan perbuatan itu ketika waktu persekolahan, kelmarin. Pelajar perempuan berkenaan yang tidak tahan dijadikan objek seks sejak tiga minggu lalu oleh keempat-empat pelajar terbabit membuat laporan di Balai Polis Arau, malam kelmarin, sebelum polis memberkas semua suspek, semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Arau, Deputi Superintendan Lee Swee Meng ketika mengesahkan kejadian berkenaan berkata, empat pelajar terbabit didakwa memegang buah dada dan paha mangsa di dalam kelas ketika ketiadaan guru.
Menurutnya, semua pelajar lelaki tingkatan tiga dan empat itu ditahan di bandar ini tengah hari semalam.
“Semua suspek didakwa tidak menghiraukan rakan sekelas lain yang melihat perbuatan mereka mencabul mangsa. Mangsa sebelum ini mendakwa sering diganggu empat suspek dan paling ketara apabila mereka memegang buah dada dan pahanya,” katanya di sini, semalam.
Lee berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu mencabul kehormatan dan pihaknya dalam proses mendapatkan perintah reman terhadap semua suspek bagi membantu siasatan lanjut.
Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang lelaki warga Bangladesh berusia 25 tahun yang kemaruk seks ditahan kerana disyaki mencabul kehormatan seorang gadis berusia 17 tahun yang juga rakan sekerjanya, kira-kira jam 11 pagi kelmarin.
Lee berkata, lelaki terbabit yang bekerja di sebuah pasar raya di Pauh, dekat sini, gagal mengawal nafsunya lalu memegang paha mangsa ketika mereka bekerja.
KUALA LUMPUR: Berang kerana diminta membantu membuang sampah, seorang warga emas bertindak di luar kewarasan akal apabila bukan saja memukul isterinya menggunakan tongkat, malah turut kencing di muka wanita dikahwininya selama 26 tahun itu selepas mangsa terjatuh.
Kejadian mengaibkan itu berlaku di hadapan rumah pasangan terbabit di Taman Wahyu di sini, kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.
Sumber polis berkata, lelaki warga emas terbabit yang berusia lewat 60-an panas baran dan sering memukul isterinya yang beberapa tahun muda daripadanya, terutama dalam sepanjang enam bulan lalu.
“Lelaki itu sering berkata dia benci melihat wajah isterinya yang sudah tua,” katanya Menceritakan lebih lanjut mengenai kejadian itu, sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa menyapu sampah di hadapan rumah sebelum meminta suaminya membantu membuang sampah ke dalam tong di hadapan rumah.
“Berang dengan permintaan itu, suspek yang bertongkat menghampiri isterinya sebelum menumbuk mukanya. Tumbukan berkenaan yang tepat di muka menyebabkan wanita terbabit terjatuh.
“Selepas itu, suspek bagaikan dirasuk hantu memukul isterinya menggunakan tongkat,” katanya.
Beliau berkata, ketika itu, mangsa merayu dikasihani selain menutup kepalanya menggunakan tangan.
“Selepas puas membelasah isterinya, lelaki terbabit yang hilang pertimbangan bertindak jijik dengan kencing di muka dan tubuh mangsa.
“Lelaki terbabit kemudian meninggalkan rumah mereka dan tidak pulang sehingga kini,” katanya.
Sumber itu berkata, mangsa sebelum ini tidak membuat laporan polis kerana terlalu menyayangi suaminya itu, namun selepas lelaki terbabit kencing di muka dan tubuhnya, wanita itu nekad membuat laporan.
Sementara itu, Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
sumber : metro
**sangat meluat dan menyampah ngan lelaki mcm ni tau..dah tua,panas baran x ilang2..minta tolong sket pun dah nak ngamuk2..kalau bininya muka dah tua,dia tu hensem sangat kah???kah??geramnya..huhuhuhuhu..melampau tak agak2..tau lak lari x balik2 bila dah wat salah mcm tu..patutnya laki lindung maruah bini,ni x ...emo..emo..