baru jap td adik Tuya kat kg sms : "akak,ko dah baca Metro hari ni?ko baca kak,nanti ko mesti tingat kenangan lama"..
Tuya pun dengan pantasnye on laptop nak baca paper,kebetulan pg ni lom ade kelas lagi.nak terkuor bijik mata ni ha,bile tengok gambar orang tua ni masuk paper..eeeee!!!!geli la Tuya ngan org tua nih..ade peristiwa yang x dapat nak di lupa pasal org tua ni..ape kata korg baca dulu cite dalam paper tu..
MERSING: Seorang lelaki berusia 56 tahun yang baru tiga bulan kematian isteri membuat kerja gila dengan merayau di beberapa taman perumahan pada tengah malam, sebelum mengintai dan merakam aksi ranjang di bilik tidur penduduk menggunakan perakam video yang baru dibelinya.
Perangai miang warga emas itu terbongkar apabila dia ditahan seorang penduduk ketika dipercayai cuba merakam aksi ranjang sepasang suami isteri di Taman Sri Daik, dekat bandar ini, kira-kira jam 11 malam Jumaat lalu. Ketika itu, seorang penduduk di kawasan taman perumahan berkenaan melihat kelibat seseorang di belakang rumahnya menyebabkan dia mengendap kerana menyangkakan pencuri. Penduduk terbabit menghampiri lelaki berkenaan dan menangkapnya sebelum mendapati suspek memegang sebuah alat perakam video. Nasib warga emas itu bertambah malang apabila kebetulan pasukan peronda polis melalui taman perumahan berkenaan dan dia terus diserahkan kepada anggota polis untuk tindakan lanjut. Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Nor Rasid, berkata pemeriksaan terhadap perakam video milik mangsa mendapati banyak rakaman aksi ranjang dan gambar orang sedang mandi disimpan di dalamnya. Menurutnya, rakaman itu dipercayai dibuat di rumah penduduk di beberapa taman perumahan di daerah ini dan hasil soal siasat, lelaki itu dipercayai melakukan kegiatan tidak senonoh itu sejak lebih setahun lalu. Difahamkan, suspek yang bekerja sebagai buruh mengumpul wang untuk membeli perakam video bagi melakukan kerja terkutuk itu. Mohd Nor berkata, warga emas yang mempunyai empat anak hasil perkongsian hidup bersama arwah isterinya direman bagi membantu siasatan hingga hari ini. “Siasatan mendapati hasil rakaman yang dibuat warga emas itu tidak disalur atau disebarkan ke mana-mana, sebaliknya untuk suka-suka dan koleksi peribadi,” katanya. Menurutnya, warga emas itu kini ditahan bagi membantu siasatan dan dijangka dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, pagi ini. Beliau berkata, suspek disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum denda dan penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-keduanya sekali jika didapati bersalah.

ni le orang tua bangka x sedar diri tu
ceritanya mcm ni,2,3 tahun lepas la mcm tu,kat kg Tuya.Mersing Johor..masa tu bulan Ramadhan,mcm biasa la pepetang mesti g pasar ramadhan nak beli kuih2 buka puasa kan..Tuya ngan adik no 2 tu yg g..tetengah bersesak2 memilih juadah ni,tetiba Tuya terasa ade tangan yang menepuk punggung Tuya..igt x de ape la,sbb ramai org kan..wat x tau je la..pastu terasa mcm ade org pegang lak..masa tu memang dah marah dah..toleh belakang nampak muka org tua lahanat ni le,dok sengih!!!Tuya jerit sekuat hati,merah padam muka masa tu..sume org dtg,then adik Tuya pun cite la pasal org tua ni.tapi masa tu dia dah lari dah..dipendekkan cerita sampai rumah Tuya cite kat abah n Eri..kitorg pun wat report polis..Eri sampai ngamuk2 kat balai..tapi sumpah Tuya mmg igt muka dia..Lahanat binawe punya orang tua x sedar diri..bila baca paper ari ni,dalam hati Tuya doa semoga dia dapat balasan setimpal..trauma tau Tuya lepas kejadian tu..kalau g tmpat ramai org je,mesti Tuya nak jalan depan,Eri mesti kat blakang Tuya..huhuhuhu..memalukan!!!!